Tuesday 27 April 2010

Thanks Malaysia:10

Maaf lewat untuk pOst kan tentang GATH M:10 di kuala lumpur sebab aku baru ada masa dan otak aku baru berjalan. Gath yang diadakan pada sabtu : 24hb di kualau lumpur wOw sangat terbaik, walaupun aku sampai agak lambat sehingga xsempat lepak di kg.baru bertemu yang lain. Yela aku dtg pun last minit itu pun sebab RANGGA KUWH kejut suwoh pergi gak, jadi dgn kepantasan yang aku ada aku g gak kl...sampai dlm kol 11.40 mlm dan jumpe mereka di KTV depan time square. PENAT sak...but akhirnya aku berjumpa dengan org² yang telah sekian lama aku ingin jumpe. MEEN dan LISSE mereka adalah kawan pertama ku di m:10 yang tegur aku dan sudi berkawan dgn aku barulah aku mengenali yang lainyer ♥ yang lain mcm xsangka dpt jugak bertemu setelah lama berkenalan di ruang cyber. shida,ubi,gelak,amie,supa,aily,june,minah,meen,lisse,hazu,rangga,pak u,zam,pak yas,slamber dan lain² yang tidak tertulis maaf ye ♥ best best best ♥ ahaks! ecknyer plak g ulu yam! alamak hebat ey pertama kali pergi siak...wa jakun! thanks too pak u dan rangga sebab berkorbankan masa untuk gurl dan shida ♥ sgt hepy....SYG KAMU SEMUA ♥

Saturday 24 April 2010

kEnapA ekh?!


Aku tatawu apa harus aku buat! aku sangat buntu dan kali ni buntu sangat... Aku sendiri xfaham dengan keadaan yang aku lalui bersama dia, mengapa terasa sangat sakit ni :( Ya ALLAH tolong aku, kesakitan kali ini teramat bisa buat aku tangung. Aku sedar aku selalu sakit kan dia dulu, tapi skunk aku kesal dengan segala²nya. Tapi mengapa DIA menghukum ku begini?! SAKITNYER. . . Aku muak dengan semua ini TOLONG NYAHHHHkan segala kesakitan dan penyeksaan ini!! Aku rela mati dari disakiti secara perlahan begini, aku tiada nafas aku tidak nadi aku tiada jiwa kesemuanya hilang. Kegembiraan aku hanya mainkan pentasan realiti bukan kebenaran dr dalam diri yang gelap malap dan kosong. Ya Allah kesakitan inikah yang harus aku tanggung kerana kesilapan aku yang lalu :( Sangat perit dan aku juga takut menghadapinya apabila mengadap mu nanti! Tekanan ini sering ku rasa.. dan kemurungan yang berpanjangan membuat aku lebih kearah ingin menamatkan kehidupan ku! Tetapi adakah ia berbaloi :( pasti tidak! Kenapa ia terus menyakiti jiwa yang telah lama mati............... TOLONGLAH PERGI!

Friday 23 April 2010

dIrIkU --> tag dari serAi

my rEspOn tO sErai and sEz :P

ehEm² ok aku baca pOst serai dan sEz telah membuat pOsting yang sama, jadi aku pun nak buat gak! Pasal pentipu² nie kan biasalah semua nak PLAYSAVE (omputih kata) ramai antara kengkawan kita yang tipu tentang status mereka, aku sedar semua tu tapi xperlu sampai tahap buat mulut mengata dan mengumpat ahaks! kOwrunk ini kElakar ey. . . mcm aku nyer pOst sebelum ini tentang kengkawan kan. Agenda <-- 1 pekara yang sukar dilihat bila berhadapan dengan kengkawan. Bila ada AGENDA adalah pentipu xkirelah status tgl mana mcm², aku plak rasenyer xde tipu pepe tentang diri aku pasal aku tahu lau tipu pun lambat laun pasti org taw nyer, pasal perangai xpyhlah ckp. Kalau ada yang kata aku ni palsu ke hape ke kisah mende aku. Janji aku jadi diri aku! bukan org lain.
  • Nur Fadhilah bte Md.Hayadzi
  • 23 tahun
  • 26 mac 1987
  • No.ic - xperlulah wat hape sampai ke IC plak ahaks!
  • aku mmg johorean stay kat bandar baru uda. 01 <---- ic tgh aku :P
Aku mmg blom kawin pastinye sebab aku tatawu nak kawin ngn sape dan skunk xde calon utk kenkawin ni. Pasal dara ke x aku rase bukan issue yang perlu di bicarakan HAK MASING² ahaks! Aku harap jangan berkawan kerana agenda @ menipu tentang diri sebab lama² org taw gak! dan jgn buat mulut pada org² kang org buat mulut kat kOwrunk plak mcm mana?! DAH BESAR PIKIR SENDIRI EY HOTAK ADA GUNA! sekian :"> tq <-- ikut nada bro hero ahaks!

Thursday 22 April 2010

+ jOhOrEan bILang apA ekh?! +

Assalamualaikum reader,

Orait pOst ini adalah tag dari shida yang idEa asalnya dari mr.ebo ahaks! bEstkan main taG² ni sebenarnyer. Nasib blogspot xde status LIKE ahakS! Ok teruskan. . dalam banyak² lOghat dalam malaysia ni ey paling aku ske lOghat utara xkira PENANG . KEDAH . PERLIS janji ♥utara♥ bukan aku xbangga dengan lOghat ibuda aku. Tapi kOwrunk pikir la ey. . JOHOR ni bahasa dia standart jerk ahaks! jUst mungkin lenggok utk memgayakan bahasa so check this Out :-

  • kOwrunk
  • kiteOwrunk
  • diOwrunk
  • ekh?!
  • agas
  • apa ekh?!
  • gobok (org muOr)
  • gEbOr (muOr)
  • lembik (toto)
  • selipOr (muOr)
Argh! ntahlah aku sendiri biOl ey nak pikir....senang cite mostly JOHOR specialy JB bahasa diOwrunk banyak dipengaruhi oleh singaporean sebab dekat kan. Lagi pun ramai gak sedara mara sana dan sini sedikit sebanyak dapatlah tempiasnya ahaks! Ape pun, xkirelah mana lOghat kowrunk mana asal kOwrunk janji chill and stady yeah yo! :P

apAkAh A.R.A.B in love?!


Apakah A.R.A.B in love?!

Sebelum ni aku pernah post bertajuk
S.A.H.A.M = sex adalah hak asasi manusia. Jadi A.R.A.B in love ini juga 1 istilah @ ungkap yang telah diguna pkai oleh aku dan sesetgh rakan² ku disini. Bermula idea ini timbul apabila Prof kerky dan Prof Addskull berdiskusi (berbincang) tentang soal CHENTA DAN PERHUBUNGAN yang berlaku di sekitar kehidupan mereka serta rakan² yang lain, timbullah ungkapan @ istilah A.R.A.B in love. Pasti all reader tertanya mende jadah A.R.A.B in love ini aduh! Jangan mengeluhlah kawan ahaks! Just chill and relex sua..


A.R.A.B in love
adalah

A - ALL

R - RELATIONSHIP

A - ARE
B - BUSTARD


IN L.O.V.E
ahaks! <--- kenapa aku state kan in love sebab lau x statekan nanti ada plak comment dari ANONYMOUS yang prejudis @ mempersoalkan tentang ungkapan ini.


Contoh : all relation?! habis relation antara mak bapak adik² kaw @ kengkawan kaw BUSTARD gak ke?! <--- lebih kurang cmni lah bunyinyer! ahaks! Ok kite sambung ey, kenapa aku setuju dengan istilah A.R.A.B in love ini bukan sebab aku frust ke @ kecewa sampai nak bunuh diri @ yang melarikan diri dari kehidupan normal ku @ aku tersangat marah sebab org xbley nak terima dan sygkan aku. Tapi sebab aku rase BULLSHIT dengan penchenta² HIPOKRIT (lelakidan perempuan) yang kononya "I LOVE U sayang" @ "i terima u seadanya" ahaks pentipu!!

Adanya memang HOBI @ bertujuan seperti :-
  • Mempermainkan
  • Pisau Cukup a.k.a Kikis Duit
  • SEX
  • Membalas Dendam dan sebagainya.
Jadi kepada sesiapa yang berkaitan dengan pekara² di atas xkire gender kowrunk tu lelaki, perempuan, gay or lesbian event kunsar pon kenapa mesti mengunakan CHENTA sebagai permainan kowrunk ekh?! Lau nak SEX ckp jerk "eh i nak main ngn u boleh" @ "sebenarnyer i ngn u ni bukan free taw!" xboleh?! Mesti nak bunga² bagai dan sebagainya. TAK PERLU semua tu. CHENTA itu kan indah untuk dirasai oleh setiap insan yang ada dlm muka bumi ini CUBA lau mende² ini terjadi kat btg hidung sendiri!! Barulah time tu kowrunk rase diKIANATI <- betul ke aku eja ni?! lau silap sorry ey ahaks! Tak payah nak story pasal DOSA PAHALA HARAM HALAL masing² dah besar boleh pikir sendiri. Aku xlah kata aku fedup ber tapi aku fedup dengan situasi yang diatas tu. Aku masih memerlukan CHENTACHENTA tapi buat masa ini JIWA aku seolah MATI dengan kata² CHENTA dan HARAPAN yang berkait. Kepada yang dan PERNAH tlah sedar dari kesilapanya ALHAMDULILAH sebab tidak berlaku KEJAM lagi. Aku juga bukanlah sempurna mana pun, ada juga kesilapan yang pernah aku lakukan dahulu dan mungkin ini balasanya. WHAT YOU DID YOU GET BACK (lagu scorpian xsilap aku) kehidupan seperti RODA. Sukar untuk mencari kesempurnaan diri kerana siapa jerk yang sempurna?! Hanya yang maha ESA kesempurnaan terpaling lengkap tiada tandingan. Aku mintak maaf jika artikal @ statement aku ni menguris @ adalah hamba allah yang bakalan terasa apabila membaca aktikel ini. Aku pun terasa gak dengan penulisan aku sendiri ahaks! Sesamalah kite chill dan renungkan KHILAF dan mula menghargai INSAN di sekeliling kita. Pada siapa yang nak sambung @ memberi pendapat @ menulis tentang yang sama dipersilakan pendapat @ kritikkan perlu utk teruskan kehidupan bukan sempurna tapi lebih baik dr sebelumnya. SEKIAN dari ku. .

kEgIaTan d`malaysia:10 di dInI pAgI

Seperti yang kalian semua tahu aku baru lepas post pasal makanan di johor, then aku sambung lepak room kelihatan RANGGA, AILYSHAKEY, AKU (GEGURL COMEL) DAN PAK U ALL yang masih aktif. Sebenarnyerkan inilah hakikat pepagi org tidow kiteorg melalak ahaks! dulu meriah ramai meen ada lisse ramai lah tapi skunk dah suram! Aku merindui kamu semua... Sambung, memang xsenonoh lah kami ni ahaks, melalak wat lawak bodo! sgt mengasyikkan. Rangga pagi ni agak biol dia sing lagu yang xpnah dia sing :))=)) gelagat pecah perut aku! aku plak bley sing lagu jalil hamid lagi. Pak u pOn bangat bely tahan gak....dOuble meaning ahaks. ALIYshakey mengelarkan diri dia RANDY JACKSON version pompuan dan dia sgt kelakar ahaks! yang penting pagi ni semua BIOL MENTEL SENGAL ahaks! aku ske :X LOVE U ALL :X

Wednesday 21 April 2010

jOhOr syUrga mkAnan

Salam reader,

Ok idea penulisan aku kali ini dari rakan cyber ku SEZWATI, mula² aku agak buntu tatawu nak pOst apa kat blog. Aku sangat² xsenang duduk lau xupdate blog 1 hari biasalah orang baru² main blog mmg tgh semangat waja ahaks! Ok kite teruskan, seperti mana yang kamu semua tahu aku berasal dari selatan malaya iaitu JOHOR BAHRU. Lau nak ckp tempat makan mana² negeri ada tempat makan yang special dah terbaik. Skunk aku nak story tentang tempat² makan yang ada kat JB yang aku rase sedap dan syok! Aku ni agak suka mkn jadi byk gaklah tempat aku ske mkn.

MAKANAN THAI
Biasa makan² cmni kat kedai² mkn kelantan, pasal mmg diaorg expect makanan sebegini.
Antara tempat yang aku wase baik mcm TOMYAM, SOMTAM, KERABU² bagai :-
  • DANGA BAY ( dekat kedai TOMYAM yang famous )
  • JOM KLIK ( kat bandar baru uda berdekatan dengan ALIF UDA)
  • THAI VILLAGE ( kat dengan kampung mahmoodiah )
  • SAYAM ( kat stulang pun baik gak )
SEAFOOD
Seafood mcm biasalah kowrunk bukan tatawu sotong, udang, ketam mcm² selalunye yang famous adalah butter prawn, sotong tepung, chilie crab amboi sedapnye ahaks! terliur aku sambil menaip ni sambung, Ikan siakap 3rasa lah mcm² la.... Tempat² menjadi pilihan gurl :-
  • GENTING HOUSE ( bkn kat genting ey tapi kat stulang berhadapan laut )
  • SENIBONG ( kedai atas laut peh! best tapi MAHAL )
  • UNCLE GOH ( Stulang gak tapi kat kedai² area 7e terbaik! )
  • JALAN TEBRAU ( berdekatan dengan skolah EC @ DATARAN )
  • SUNGAI MELAYU ( terbaik gak tapi tatawulah lau kowrunk minat ke x
MAMAK STALL
Arrrrr pasti ramai taw spot mapley! Aku kaki gak mapley ni...... jOm tgk mapley mana terbaik!
  • OSMAN ( cwgan : mydin(UDA),kempas dan sri alam yang best )
  • ALIF ( aku ske kat taman suria pasal mkn sana lagi sedap tapi tempat best kat UDA)
  • HABIB ( biasalah kat uda jerk yang terbaik )
  • AYUB ( aku jarang lepak tapi bolehlah )
MAKANAN EXOTIK
Ok aku ni bukan kaki makanan exotik ni tapi kengkawan aku kebykkan mkn mende² yang jarang dilihat dan kebiasaan org mkn sO check this out :-
  • MELDRUM WALK ( sOup lidah dan sOup² lain pon terbaik mmb aku ckp ar )
  • KEDAI CINA ( carilah kowrunk sendiri xkuasa aku )
MAKANAN CUMILAN
Then makanan cumilan maksudnyer makanan ringan² lah, sama mcm mamak gak tapi ni lagi ringan. Tauhu bakar, Char kuey bakar, kerang dan paling best cucuk² STEAMBOAT jOm lihat :
  • DATARAN BANDARAYA ( steamboat byk siak berlambak, sedap bakar² pun best )
  • STULANG pun ada gak tapi 2-3 biji jerk ahaks!
Ok aku rasa mcm dah lah...
sape nak tambah silalah tambah @ nak sambung untuk tempat kengkawan yang lain plak!

TAG -
  • SEZWATI
  • SERAI
  • TUNA
  • SHIDA
  • MEEN
  • PAK U ALL
  • TACA
  • ROCKEPIT
  • LIA
  • DAN LAIN² YANG MEMBACA

Tuesday 20 April 2010

mEncarI kEkUatan


Petang ini aku merasakan kondisi gelombang emosi ku yang xstabil, semangat yang menurun umpama tanah runtuh. Aku ingin mencari kekuatan yang EXTRA buat menjadi benteng dalam kehidupan ku tapi mungkinkah wujub kekuatan EXTRA yang aku impikan?! @ ia sekadar angan² kosong yang aku wujudkan. . . ahaks! aku sendiri tatawu. Tetiba murung aku kembali ntah kenapa mula memikirkan yang nggak² tentang family, kengkawan dan aku sendiri. Mungkin sebab aku sunyi kot tapi tadi aku lepak kat room mcm biasa tetap gelombang ini tidak berubah, aku rindu ke?! nyampah ke?! marah ke ?! suke ke?! benci ke?! arghhhhh s#*L malas aku nak fikir tapi tetap bermain dalam kepala hotak aku ni. KUSUT! ! !

Mendung tak bererti hujan

Ella ft Deddy dores - Mendung tak bererti hujan

Masa lalu hitam
Didalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku
Juga keyakinan
Tergoyah oleh keadaan

Miskin jiwa dan ragaku
Bagai hidup di padang yang tandus
Begitu beratnya beban yang ada dijalan hidupku
O....

Bila kau percaya
Bahawa hari-hari
Selalu berganti
Akan selamanya
Awan-awan hitam
Menghantui hidupmu

Mendung tak berarti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Untuk meraih cita

Aku ingin...
Mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi Ho..Ho..

Aku ingin O...
Kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu
Kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu

Mendung tak berarti hukan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Untuk meraih cinta

Aku ingin...
Mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi Ho..Ho..

Aku ingin O...
Kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu
Kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu

:: lagu yang mempunyai lirik sgt mendalam dan melody yang terbaik. credit to rangga sebab memperkenakan pada gurl lagu ini :)

mErOyan d`danGa bAy

ahaks!

Aku baru balik dari danga bersama 2 jejaka hot dan comel iaitu azrin_orangbesi dan mieysdad_83 auww... Teman azrin beli beg peh! shopping mamat...harga RM70 ORIGIN tapi kata mie xbapa nak ORI agaks.... diaorg best sempoi. Then kiteorg g karaoke kat SUARA OK! ahaks sore masing² syOk. Then g mamak OSMAN MYDIN kat uda jerk ngeteh.....

xbanyak aktiviti tapi syok gak....
nyakat azrin ngn mie ahaks!
nanti kite lepaking lagi ok :)
Sayang kowrunk azrin dan mie!

Monday 19 April 2010

tErimA kAsIh kEngkAwAn

Ok! Ini bukan kesinambungan tOpik issue kengkawan hari tu, tapi berkaitan jugalah. TERIMA KASIH pada rakan² lesbian ku sejati SEZ, SERAI dan MEEN yang turut menulis blog tentang masalah kengkawan ni, banyak teori dan tanggapan serta PEEL kengkawan yang boleh dikongsi bersama². Secara tak lansung aku boleh belajar dan mengerti lebih tentang kengkawan. Tiada apa yang perlu diperbahas lagi sebab selagi kita belom MAMPUS selagi tulah kite akan berkengkawan. Dan seperti sebelumnyer Konflik adalah musuh utama kita sepanjang kehidupan kite. Aku bahagia dengan kehidupan ku sebab walau payah mcm mana pun kehidupan tetap aku tempuh. Kengkawan plak ramai yang membantu aku dr segi menaikkan semangat dan menjatuhkan semangat ada gak. Kepada kengkawan yang sebelum ni pernah membuat TAIK @ dengki kianat kat aku, aku maafkan dan halalkan segalanya dunia akhirat. Memang bila di ingat sakit hati rase nak pukul dgn kayu besbol, tapi pointlesslah mcm haram jerk buat semua tu. Jadi maafkanlah sebab kite sendiri pun tatawu kite pernah menjadi seperti dia sebelum ni @ akan dtg. Mintak jauh sgt² :* Sekian......

dLm hEnIng pAgI


4.26am : mOnday 19 april 2010

diwaktu begini....

sentiasa tringat akan waktu yg dahulu
mungkin ketika itu kita tidak sedar
akan diri yg berlalu seperti angin

yg membawa harapan

yg tidak menidakkan kepastiannya


kemana hilangnya punca
yg tidak diketahui kasih nye


bangunlah kasih
bangunlah sayang
bertemu diantara yg satu.....

wujudkan lah sinar kasih

dan terangkan lah sayang


mengapa sendu yang mendatang
sedangkan kebahgiaan yg di nanti
renungkan lah air
renung kan lah hati
berkata lah yg benar
selain dari penipuan yg di ucapkan

Sunday 18 April 2010

iSSuE kEngkAwAn!

Assalamualaikum reader,

Aku menaip issue ni bukan kerana aku sakit hati @ dengki terhadap kengkawan aku! Ada aku kesah ker kengkawan aku ni mcm mana?! Aku tidak akan berkawan jika ada AGENDA @ BERTUJUAN utk sesuatu. Kengkawan ni kene ikhlas itu jerk sebenarnyer, lau kengkawan tu berkawan ikhlas pasti xde masalah bila berkengkawan. Kita lau kengkawan xsemestinya perlu jujur 100% jgn lah kuat bohong xsenonoh betul perangai. Kengkawan hanya akan faham kengkawan sebab kengkawan lah tempat kengkawan luahkan perasaan, masalah xkirelah family@percintaan@konflik kengkawan jugak. Kengkawan kan tempat kite byk luahkan masa bersama xkire kengkawan dari celah bedah mana pun! Cyber@Realiti - sama jerk bagi aku, 2-2 dunia yang penuh dgn ragam just lau ym ni susah ckit nak tgk hati budi pasal masing² gune computer kan! ahaks....kengkawan yang ske dengki kengkawan tu bahaya sak, aku benci kengkawan yang mcm tu agaknya apa yang diaorg pikir ey pai dengki+ khianat+kejam mcm tu. Sedih bila kita dpt kengkawan yang mcm tu, tapi untuk elakkan dari kengkawan begitu sendiri kene bijak memilih kengkawan! jgn main baik jerk bley jadi kawan, bak kata SHIDA kawan ni lain sahabat ni lain. Betul tu syg, SHIDA tu KEKASIH aku okey! ahaks... Lagi 1 sebenarnyer musuh@punca kemusnahan utama dalam kehidupan kita ni adalah KONFLIK sebab pasal si konflik ni seme kacau! Dah malas nak taip.......

p/s : Tak ada kene mengena ngn sesape ni hanya teori aku yang merepek dan seme dipikirkan sendiri tanpa pengaruh dari mana² pihak KERAJAAN@SWASTA@ kengkawan yang hidup dan blom nak mati lagi sekian.

Saturday 17 April 2010

Eiffel I'm in Love KEREN BANGAT!


Eiffel I'm in Love adalah kisah cinta remaja yang dibalut dalam konflik remaja dan orang tua. Dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai karakter utama, film ini diangkat dari novel bestselling berjudul yang sama karya Rachmania Arunita.

Sinopsis :
Kehidupan Tita sebagai remaja boleh dikatakan sempurna. Ia tinggal dengan keluarga yang harmonis. Pacarnya yang bernama Ergi adalah orang yang baik sangat sabar dan perhatian, dan teman-temannya sangat baik. Yang ia keluhkan hanyalah sang ibu yang sangat protektif. Tapi semua itu berubah secara drastis sejak kamar tamu yang berada disebelah kamar Tita ditempati Adit, anak dari teman ayahnya.

Sifat Adit yang angkuh, judes, dan cuek membuat Tita sangat kesal. Apalagi wajahnya yang tampan menarik semua simpati orang. Dan mau tak mau Tita hatus menerima kenyataan bahwa kedua orantuanya menjodohkan mereka berdua.

Semua bagaikan mimpi buruk bagi Tita. Dan mimpi itu bertambah buruk ketika Tita menyadari perasaannnya pada Adit berubah 180 derajat disaat Adit sudah berpacaran dengan Uni, sahabat terdekat Tita.

Penghargaan :
Film Indonesia yang dirilis pada tahun 2003 dan dirilis pada tanggal Jumat, 21 November 2003 ini juga meraih beberapa penghargaan diantaranya pada Festival Film Indonesia 2004, MTV Indonesian Movie Awards 2004.

Ost. Eiffel I'm in Love :
  • Bercintalah Denganku
  • Memang Enak
  • Paling Tidak
  • Dalam Hening Hati
  • Pujaanku Duet With Jimmo
  • Dunia Milik Berdua
  • Tak Tahan Lagi
  • Eiffel... I'm In Love
  • Bulan Kedua
  • Ternyata Feat. Yann "Koolkynky"
  • Kamu
:: sangat sukakan filem ini :X sebab romantik dan sgt² touching, walaupun filem dan lama tapi xjemu utk menontonnya :X dan ku impikan kejadian seperti ini berlakku terhadap ku :X lagu² melly pun sgt best dah syok! credit to rangga sebab memberi lagu² dalam filem ini dgn lengkap :X

bErapa ekh?!


BERAPA JAM MELAYARI INTERNET DALAM MASA 24JAM?
[ berkemungkinan dalam lingkungan lebih dr 12jam ]

BERAPA BELANJA UNTUK TELEFON DALAM SEBULAN?

[ alamak! ni kurang pasti, tapi agak² dalam 2 @ 3 ratus sebulan ]


BERAPA NUM. PHONE YANG ANDA INGAT?

[ IBU,AYAH, ADIK² itu yang paling penting kene ingat :P adalah dalam 4-5 org]


BERAPA S/CARD YG ANDA MILIKI?

[ Hanya 1 ---> Maxis PLAN YOUTH CLUB ]


BERAPA HAD KELAJUAN TERTINGGI YG PENAH ANDA BAWAK?

[ Gurl xpandai bawa kerete tapi motor sgt pandai, jadi kelajuan pernah sampai dlm 180km/j ]

BERAPA SAIZ KASUT ANDA?

[ Converse = 7 or 8 | high heal = 8 or 9 ( american size kaki besa sak ) ]

Friday 16 April 2010

kamI amAt hOT - - aHakS


Kami baik(sgt² baik) + cOmel + gEdIks (kdg²) + pEmaLu + sGt chAntEks auww...... :"> Kami rapat sejak beberapa tahun yang lepas dimana permulaan pengenalan kami di dunia cyber terus membawa ke alam realiti. Nama budak ni ialah bb hanna a.k.a miss.anyss, dia adik angkat aku yang paling rapat setakat ni dan sgt berkebaikan :P Kami banyak pesamaan biasalah kamikan cute tgklah photo² kami yang diatas tu :P ahaks! Dia tersangatlah manja ceria dan sensitif sedikit orgnya, aku senang bila lepaking bersama adik aku yang sowrunk ni. Biasa kami keluar 3orang aku, adik ku dan pub <--- mamat ni dia busy so kami xsempat nak bergambar secara trio dgn dia. PERHATIAN! kepada lelaki² yang baca taw melihat blog aku @ terlah jatuh hati dgn adik aku ni AWAS yOur nOt allOW ahaks! sebab dia dah berpunya dan bahagia :X akak doakan adik bahagia dan berjaya dalam apa jua yang adik jalani dgn harapan xlupakan akak bila dah berjaya nanti :X XOXO ----> sayang kamu adik! muahhh :*

ikAn kUwh hAngUs!


Sedapkan ikan kembung goreng dalam photo atas ni....tapi sebenarnyer itu bukanlah rupe ikan kembung yang aku goreng. Kerana ikan kembung goreng aku hangus sebelah :)) Tapi jangan salahkan aku salahkan blog dan ym sebab merekalah aku lupa aku tgh goreng ikan. Tapi aku dpt rasakan keseronokkan dimana main YM sambil membaca blog @ update blog sambil² goreng ikan mak ai best sak, tapi jgn sampai hangus sudah ey! aku nyer ikan dah hangus sebelah ahaks! xpe mkn jerk bukan mati! sekian... jap lagi nak update lagi topik lain :">

aDuh sakItnye

Aku tibe dirumah setelah seharian di Pasir Gudang. Pada tuna a.k.a terunabersahaja ( hutak kamu aku xkol, aku kol tapi xdpt giler! skunk aku yang majuk balik >:p ). Aku balik mcm biasa sambung duk depan pc buat kerja² yang stil pending, tapi dalam² buat keje aku terima 1 panggilan yang aku sgt xsangka sgt². Panggilan itu buat aku terasa menyesal sgt akan tapi kerna kerinduan terhadapnya buat aku angkat gaklah phone dia tu. Rupanya bukan dia tetapi ISTERI dia yang bertanya mengapa aku gangu rumahtangga dia?! Puas aku menerangkan sehingga ketahap aku terdiam dan xnak ckp pepe :( hanya diam dan dgr tomahan dan penghinaan keatas diriku. Dalam aku dgr sore isteri dia, aku dgr sore dia yang berkata "yang bukan salah dia" aku menangis dan terus menangis dalam kesepian. Aku taw dia xbahagia bersama pilihan keluarga dia tapi aku xbley buat apa² aku hanya mampu mendgr dan mendoakan kebahagian dia walaupun hakikatnye aku xpnah bahagia sejak kehilangan dia. Selalunya lau aku kene maki org kene hina dgn mende yang aku x buat aku melenting tapi kali ni aku sepi tanpa biacara. Skunk aku teramat sakit dan sgt terseksa aku kecian ngn dia dalam masa yang sama aku juga sakit. Mengapa kehidupan ini sering kali tiada ketidakadilannya. :( Tolonglah Ya Allah, bebaskan penderitaan ini aku xsanggup.......

Thursday 15 April 2010

Seharian D`Pasir Gudang

Today aku satu hari sak kat pasir gudang, lepak kat cafe kawan chatez aku yang dah hampir 3tahun berkawan bernama kuasa.master a.k.a pub. Aku jugak bersama miss.anyss a.k.a bb hanna adik angkat aku yang tersayang. Hayat Kopitiam nama tempat yang aku lepak ni, bagi aku tempat ok. Makanan plak sedap yum yum....dapnye :P tadi tengahari aku makan nasi + ayam lemak padang so damn goOd..sentuhan org yang pakar masak. Disini pelbagai makanan disediakan dari sarapan pagi hingga lewat malam sekita waktu 12tgh malam. Nasi Campur biasalah tengahari, macam-macam lauk sey ada rabak sak nak pilih lauk dia. Kuih muih yang disediakan fresh bukan tempah tetapi sendirian berhad :P air pon baik gak di tambah pembuat air yang kuit miut bernama haikal. ahaks :P aku plak bley cucimata tgk abang-abang yang berkerja disini aduh yang hensem yang kiut yang tua yang muda seme ada. So sape yang kat area-area cneh singgah lah mkn kat hayat kopitiam ni yg berada di bangunan kastam dia betul-betul depan Johor Port. Sekian sgt mls nak teruskan pasal nak bikin keje lain :P

Wednesday 14 April 2010

bOsan!

Aduh sagt bosan xde ke yang nak ajak aku kua g jalan ke clubbing ke makan siput ke :( tension jerk sekian :">

Tuesday 13 April 2010

pELakOn hAndALan

Aku akan cuba sorok kesedihan ini selagi aku mampu, sebab aku wase xperlu nak tunjukkan kesedihan sebab mcm haram jerk rasenye. Aku tatawu pe yang aku rase dan apa yang patut aku rase, Ya Allah tolonglah aku buangkan rase ini dr dlm hati. Aku sgt terseksa dgn perasaan ini biarlah aku mati tanpa jiwa chenta dan syg ini. aku lebih rela tiada semua itu dr aku harus menangung kesakitan dan kebiolan otak yang aku sendiri tatawu nak handel mcm mana pun. Mungkin aku terlalu menjaga hati org sehingga hati sendiri xterjaga ahaks! BULLSHIT ar sekian :"> tq

akU biOL :P

Sebenarnyerkan aku tatawu nak taip pe sekadar nak update blog ni jerk ahaks! Aku wasekan aku blom bersedia nak kapel² dan lau bley aku nak relex dulu mcm ni, persetankan hati ini biar ia terus mati. Tidak perlu diendahkan kerna aku wase pointless dan fuckuppp, aku nak jalankan dulu apa yang skunk ini tgh aku bikin antaranya kizo design enterprise, perjualan kain batik dr terengganu, tudung, public mutual, relexing massage dan myb byk lagi bisness aku nak bikin :D slow² pat aku wase aku puas :D dahlah mls nak taip bye!

Sunday 11 April 2010

kebusanan melanda

10 april 2010

Hari yang sangat terbusankan....
nOthing tOo say just smile and think positive :)

Saturday 10 April 2010

gOing tO KL tOday :P

Sabtu : 10 april 2010

Wah! KL im cOming >:) Aku masih menunggu panggilan dari Tuna a.k.a TerunaBersahaja untuk memberitahu jam berapa mahu mengambil aku. Kebetulan pula teman ku yang duduk di Bandar Baru Uda yang bersanding plak pada hari ini dengan ucapan ---> ERIN(makhluk perosak) SELAMAT PENGANTIN BARU moga berkekal hingga anak cucu dan dimurahkan rezeki lepas berkahwin ini. Insyallah lau sempat aku g makan tengahari kat majlis kamu ye :P lepas tu kami ke batu pahat amek pak u all. lepas tu amek pija dan puteri² beliau bersama :) Hope kami sampai dengan selamat dan doakan kami ey :">

Thursday 8 April 2010

sIS emy! hAdApI dEngAn tAbAh

Salam kepada semuanya,

Tengahari tadi aku dapat panggilan dari En.Teruna Bersahaja a.k.a TUNA ajak melawat ayah kepada sis emy ( Malaysia:10 chatez ) yang exciden pada semalamnya. Dengan pantas berkata BAIKLAH SAYA IKUT! aku pun ikut. Dah sampai Hostipal Sultanah Aminah kami menuju ke wad barat 2, itulah kali pertama aku bertemu dengan sis emy. Sis nmpk tenang jerk dalam hati tuhan jerk yang tahu, aku dan tuna bertemu dengan keluarga sis emy. Sedih dan pilu hati ku melihat ayah sis emy :( nampak kesakitan dan keletihan melawan sakit tu sangat kecian :( kehilangan angota tubuh badan bukan 1 pekara yang bisa diterima jika ketahanan emosi tidak kuat. Apapun gurl respect dengan family sis emy kerna menghadapi dugaan ini dgn tenang. Gurl doakan moga ayah sis cepat sembuh dan menjalanin kehidupan harian dgn penuh kesabaran dan kecekalan :X sokongan dari keluarga yang bakal menguatkan beliau. Gurl syg sis emy! Dan tuna suwoh aku selitkan bahawasanya "TUNA lepas rindu aku jumpe kamu" <-- aku berkata ahaks :P

Wednesday 7 April 2010

kEsEpIan - LEpaSkAn akU!

Kesepian by Dygta

kurindu disayangi
sepenuh hati
sedalam cintaku
setulus hatiku

kuingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan

*
bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku
lagi

tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir

bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku
adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

back to *

adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

sangat merindui dia :(


Aku tatawulah....betul ke tidak apa yang aku rase tapi.... :( damn it
aku mcm rindukan seseorang.. tapi aku xsure nape aku xbley lupakan dia sejak 1st jumpe dia :( aduh dah tentu aku ngn dia bagai langit dan bumi. aku rindu kat dia... agak² dia ingat aku x?! xpon dia xpernah ingat aku ahaks! yelah aku bukan sapa² hanya rakan yang xbape nak penting. Tapi hakikatnya sangat rindu sore dia dan kata² dia :(

Tuesday 6 April 2010

UkIrAn jIwA


Ukiran Jiwa by Awie
Ukiran Jiwa
Kedamaian yang ku cari

Masih belum terbukti

Jauh lagi perjalanan ini


Jiwa tak pernah tenteram

Kasih lama tenggelam

Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian

Entah berapa lama

Harus ku nanti

Sinar kasih sayang menyinari kembali


Dengan nada lagu dan irama

Ku luahkan jua rasa kecewa

Semoga kau dapat mendengarnya

Semoga terbuka pintu cinta... mu

Yang pasti hujan tak berterusan

Matahari kan tetap terus bersinar


Kini terbukti apa yang di nanti

Dengan rela ku lepas kau pergi

Telah sedekat kenangan terpahat

Di ruang tak bertempat oo... ho...


Dengan nada lagu dan irama

Ku luah kan jua rasa kecewa

Pada cinta yang dahulu kita

Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...

wOrd : Lagu ini sangat² bermakna dalam hidupku kerna lagu ini dinyayikan oleh seorang insan yang bernama ASRI. Dia adalah insan yang telah membuatkan aku rase bahagia dan kehilangan berserta kekecewa dan kesedihan. "Moga kamu berbahagia bersama isteri tersayang disana, aku sentiasa mendoakan kebahagian kamu sekeluarga" kenangan yang terlah kita lalui terlalu indah sehingga xbley dilupakan. Lagu² yang pernah kamu nyayikan untuk ku akan ku semadikan sebagai lagu kita hingga nafas ku terakhir. :)

mEraTapI jIwA mATi


+ Kesedihan Kesepian +

Kesedihan :-
"Kenapa kau nak sedih?! Kat dunia ni kan banyak hiburan² yang boleh buat kau happy" kata² kengkawan yang ingin menolong kengkawan dari kesedihan kengakawan. Biasanya kata² seperti itu hanya akan terkeluar apabila kengkawan tu dah xlarat nak layan kengkawan yang kesedihan dan inginkan teman utk berbicara. Daku xckp semua tapi ada segelintir darinya. Kesedihan ini bukan diminta dan dipuja, siapa yang nak sedih?! lau bley aku nak hidup bahagia selalu. Bila aku tengok kengkawan aku dengan pasangan masing² aku tersenyum dan happy pada aku diaorang berhak untuk bahagian. Tapi bila aku tgk diri aku plak, aku xlayak bahagia ke?! ahaks Tidak pernah merasa dihargai, namun aku bersyukur walaupun kebahagian yang pernah aku rase hanya sementara at least aku tahu bahagia tu mcmana rasanya! Cume sekarang aku tatawu bila lagi aku akan merasa bahagia. Mungkin aku tidak layak untuk meraih kebahagian itu sebab tu aku sering kesedihan dan jeritan sepi yg lahir tidak terluak!

Kesepian :-
"Alah kaukan muda lagi... kengkawan kan ramai" kata² yang sangat selalulah aku dengar. Tapi hati aku selalu berkata orang xkan faham apa yang aku rasa dan lalui, jadi biarlah nak cakap pe pun. Memang kengkawan ada tapi adakah sama dengan insan yang ingin kite bermanja berkasih sayang dan berkongsi apa yang kita xbley kongsi dengan kengkawan. Kadang² aku tgk HP aku tu aku gelak ahaks sebenarnya gelak tu pujuk hati sendiri sebab sedih! yelah aku seorang gadis yang xberapa nak gadis ni, dan aku bukan lawa body fit atau apa² pun sopan pun tidak ahaks tapi bila ckp mcm ni seme ckp xbaik burukkan kejadian tuhan lah apa lah, tapi yang ckp tu pun lau belum tentu boleh menerima aku seadanya aku! fedupkan aku ngn manusia² hikpokrit ini. Abaikanlah myb mmg aku ditakdirkan sendiri dan terus meratapi kesepian ini mungkin 2tahun lagi atau bertahun² lagi.

Jadi kesimpulannya aku akan terus begini meratapi jiwa yang mati tanpa kerelaan dari ku. Kepada insan yang telah melukai hati sesiapapun ingatlah hidup mcm roda insyallah mungkin giliran kowrunk plak lepas ni ahak! Kepada insan yang dilukai saba dan teruskan hidup walaupun hati sakit dan terasa nak mati.... biar mati jiwa jangan kowrunk bunuh diri plak kang xmasuk syurga 1keje plak nak beratur masuk neraka! hahahaha.... Sekian

Monday 5 April 2010

kUwh mEnAnTi ---X


Tak bernyawa langkah hati menanti
Sebuah jawaban dari pujaan hati
Menanti dengan sejuta harap dimimpi

Hingga gundah seakan menemani

Setiap gerakan hati melampaui
Ketakutan akan kehilangan mimpi
Mimpi akan datangnya hari
Bersama sang belahan hati

Malaysia:10 terbaik!

Assalamualaikum....

kehadapan kekasihku... ahaks dah mcm nak tulis surat padahal blog jerk :P ok serius² aku main ym ni dah agak bertahunlah dr 2004 hingga skunk ni, ramai gak aku kenal kenalan² ym yang baik yang kurang kebaikan yang hiprokrit yang mentel yang sengal sewel biol gile² seme ada mcm² ragam, kalau cite pasal room plak bersepah dah room aku jalan! dr seletan ke utara siap ke pantai timur, room tetap aku ada johor7 dimana room tu adalah room yang sgt best dahulunyer, tapi skunk kusam seme mmb² dah xde. Ada yang lari ada yang pencen! bila aku menapak di Malaysia:1 dahulunya sebelum jadi malaysia:10 ahaks :P ramai aku kenal....kebanyakkan mereka lebih dewasa dr aku! itu yang membuat aku hepy....sebab perkongsian pengalaman idea serta ragam yang sgt berbeza dan matang! lagi 1 pasal room tu ske karaoke memandangkan aku ske melalak gak! pada rakan² yang mengenali gurl dan baru gurl kenali.... gurl sgt hepy! dr mula hingga kini kamu seme sangat terbaik! tapi... dr hepy² ada gak kesediihan.... seorang dr mereka tidak lagi aku temui, tatawu kemana dia sihatkah dia, walaupun aku jumpe dia skali jerk! dia tu kire mcm org giler yang romantik lagi sengal! abg aku yang sorang tu TUNA a.k.a TERUNA BERSAHAJA :) aku rindu kat kamu bro.....

sekian jerk kot nanti lau aku nak taip lagi aku update jerk ok! tq

Saturday 3 April 2010

[ JGN MARAH ] - - Melayu Malas Baca Buku!


Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga negara kita ini kurang membaca. Daripada kajian dan pukul rata, seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun - berbanding 40 hingga 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland. Hasilnya, buku-buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga negara kita ini tidak ambil pot (peduli) tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buku-buku sastera, falsafah atau budaya, pameran lukisan atau pementasan teater. Mengapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini, terutama manusia Melayu, amat culas dalam hal baca-membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekeliling mereka? Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi begitu mandul sehinggakan mereka tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri. Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman, para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun menentang dan melawan proses pembodohan ini. Di sini peranan penulis, seniman dan sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruksi cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu berfikir dan bergerak. Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca, maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini sikap yang salah - inilah sikap hasil hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikir. Seharusnya, kita menimbulkan persoalan demi persoalan terhadap kenyataan tadi. Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca? Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku, maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah novel, maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam novel itu. Jika manusia Melayu gagal menghayati sebuah puisi, maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya puisi itu. Jika manusia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan, maka mari kita selami apa yang telah dilukis. Selama lebih 20 tahun ini, buku-buku daripada tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa, buku-buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakannya bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu. Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadhari dahulu, banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadhari. Banyak seminar akademik dianjurkan tentang Islam Hadhari. Ada teater dipentaskan tentang Islam Hadhari. Ada kajian dijalankan tentang Islam Hadhari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pameran lukisan tentang Islam Hadhari. Seorang penulis puisi, yang bercita-cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar, tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadhari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadhari. Tindakan mereka ini untuk memastikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan esei tentang Islam Hadhari; akan diadakan pertandingan berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadhari. Sebuah pereka seni papan tanda juga akan meletakkan logo Islam Hadhari agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum disebarkan di tepi-tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadhari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadhari. Apabila pencadang Islam Hadhari ini tidak ada kuasa lagi, maka semua beralih kepada slogan 'Satu Malaysia'. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh dalam masyarakat kita. Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis, si penyair, si pengkaji, si pembikin teater, si pencipta lagu, si pereka – semua mereka tahu bahawa apa yang mereka buat itu adalah membodek orang yang berkuasa ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan. Kerja-kerja bodek tidak menarik. Kerja-kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidak akan mengancam menggelodakkan fikrah yang beku. Kerja-kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Novel-novel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil daripada peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah, jika buku-buku bodek ini ini diberikan percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek. Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku-buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kehidupan mereka. Bayangkan jika buku-buku atau kerja-kerja seni ini ada kaitan dengan kehidupan mereka, pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi itu indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu, pasti puisi ini akan dihayati. Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayati kerja seni ini. Bukan buku-buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan majoriti manusia Melayu. Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu-lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau syair dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman, pasti kerja seni mereka merebak luas. Contoh terbaik hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyair, pemusik, pelukis untuk digarap seseni mungkin. Jika para penulis, seniman, saterawan, pelukis dan penggiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini, maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pameran lukisan hanya dilihat sebagai pameran syok sendiri. Jangan marah jika tidak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli. Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan puisi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu.

Hishamuddin Rais
Mac 29, 10
7:49pm

Friday 2 April 2010

pEgrInyA sEOrang sEnimAn


Pada tanggal 2 april jam 12.30 pagi.....
Pergilah seorang seniman yang sgt besa namanya di persada dunia hiburan malaysia, beliau adalah seorang pelawak yang disegani dan diminat ramai peminat²nya.
Al-Fatihah kepada
Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ( Din Beramboi )

Semoga rOhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat muslimin dan muslimat dgn sejahteranya.
Salam takziah juga kepada Isteri dan anak² diharap tabah menerima dugaan
dari Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...