TAYANGAN FILEM SELEPAS TSUNAMI & KAYUH
Pusat Komas invited you!
Time / July 23 · 8:30pm - 10:00pm
Location Pejabat SUARAM JB, 8A, Jalan Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.
KOMAS dengan kerjasama SUARAM JB mempersembahkan TAYANGAN FILEM FREEDOM FILM FEST.
SELEPAS TSUNAMI (AFTER THE TSUNAMI) & KAYUH (Pemenang Freedom Film Fest2009)
Sinopsis Filem:
Selepas Tsunami (After The Tsunami) oleh Anna Har (36 min)
Pilihan Raya umum ke-12 bukan setakat melibatkan perubahan empat kerajaan negeri atau kehilangan kuasa dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Ia membawa kepada pelbagai amalan yang tidak wujud dan namkapasing sebelum inin dapat dirasakan oleh rakyat buat julung kalinya. Di negeri Selangor satu badan di bawah Dewan Negeri ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan dana awam.
Di peringkat Persekutuan , Parlimen kini nampak lebih serius dengan kehadiran wakil pembangkang. Hari ini, Barisan Nasional yang keras kepala sebelum 8 Mac lalu, juga sudah mula bertutur dalam bahasa prubahan. Bagaimanapun, perubahan yang sebenar bukanlah semudah membuang undi pada pilihan raya.
Kayuh oleh Soh Sook Hwa (20 min)
Kayuh adalah kisah pengalaman 100 orang pengayuh basikal yang berkayuh dari Alor Setar dan JB ke KL selama 16 hari untuk menyebar kesedaran tentang 6 isu-isu utama yang menjadi prihatin rakyat Malaysia terpinggir. Pengarah filem ini, yang juga merupakan peserta dalam kempen ini berusaha memberi makna dari segi kehidupan bagi setiap usul yang dibentangkan dalam memorandum yang diberikan kepada Parlimen pada akhir perjalanan.
Tayangan filem-filem ini akan diikuti dengan sesi perbincangan Q&A.
*Sarikata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina terdapat untuk kesemua filem.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel freedomfilmfest@komas.org atau hubungi 017-374 9887.
No comments:
Post a Comment