222 orang muda di Parlimen Belia
PUTRAJAYA 29 Mei - Parlimen Belia akan dianggotai seramai 222 orang muda yang dipilih melalui proses pilihan raya dari setiap kawasan Parlimen, sebagai mewakili suara dan tuntutan golongan belia di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan masih meneliti bagaimana pilihan raya itu akan diadakan iaitu sama ada melalui Internet, membuang undi atau alternatif lain.
''Selain wakil yang dipilih dari sesuatu kawasan, terdapat juga cadangan supaya individu yang mewakili badan atau kaum tertentu diberi peluang memasuki Parlimen Belia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi di Y-Avenue di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.
Mengenai had umur, Ahmad Shabery mencadangkan supaya hanya belia yang berumur di bawah 25 tahun dibenarkan untuk menganggotai Parlimen Belia.
Beliau berharap, Parlimen Belia Percubaan dapat diperkenalkan pada tahun ini sebelum sesi Parlimen Belia yang sebenar dapat dimulakan pada tahun depan.
Mengulas perkembangan sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, Parlimen Belia berperanan mewakili suara dan tuntutan berkaitan kepentingan golongan tersebut di negara ini.
''Setakat ini, pelaksanaan dan kaedahnya belum diperkemaskan sepenuhnya tetapi kerajaan melihat pendekatan tersebut adalah paling baik untuk mendekati belia,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Motif kOwrunk mende?
sedangkan skunk nie pun belia² yang kononnya menaikkan nama belia xde pun buat apa! balik² buat event puaskan nafsu scandle² lepas tu yang pompuan main dpt duit.. yang lelaki tua² amek kesempatan korup dan dpt puki muda!!! kan kan kan hahahahaha :|